ENERGY EFFICIENCY IN UPSTREAM PROCESS OF PALM OIL MILL INDUSTRY IN MALAYSIA
Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar di dunia bagi pengeluaran minyak sawit. Kilang kelapa sawit memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan proses pemerahan. Di kilang sawit, tenaga dijanakan dengan menggunakan dandang biojisim dengan turbin stim bersama penjana elektrik. Bahan bakar yang dig...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/12602/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar di dunia bagi pengeluaran minyak sawit. Kilang kelapa sawit memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan proses pemerahan. Di kilang sawit, tenaga dijanakan dengan menggunakan dandang biojisim dengan turbin stim bersama penjana elektrik. Bahan bakar yang digunakan adalah terdiri daripada serat dan tempurong kelapa sawit itu sendiri dan bahan bakar ini mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Jumlah bahan bakar yang diperlukan bergantung dengan jumlah tenaga yang digunakan. Dalam peroses kilang sawit ini, terdapat beberapa peluang untuk pengurangan penggunaan tenaga terutama pada operasi penghantar. Terdapat beberapa penghantar yang dijalankan walaupun pada masa tiada buah atau tandan didalam penghantar tersebut. Di dalam kajian ini, penggunaan penghantar di stesen pengurusan buah, dapur memasak dan pemerahan dikira dan direkodkan sebelum dan selapas untuk melakukan perbandingan. Operasi untuk setiap stesen diambil kira dan dianalisa. Hasil kajian mendapati tanaga sebanyak 2236kWh sebulan untuk stesen pengurusan buah, 4108kWh sebulan untuk stesen dapur memasak dan 3149kWh sebulan untuk stesen pemerahan dapat dijimatkan. Peluang untuk penjimatan diperoleh melalui operasi penghantar dan penggunaan lampu di stesen tersebut. Kajian modifikasi, kos dan keuntungan dijalankan keatas semua kebarangkalian untuk penjimatan. Jumlah pengurangan selepas modifikasi dikira dan kuantiti penjimatan bahan bakar ditentukan. Hasil daripada lebihan bahan bakar ini dinilai untuk pengiraan tempoh pulangan modal. Pengurangan bulanan sebanyak 2236kWh (9.1%) di stesen pengurusan buah, 4108kWh (9.7%) di stesen steriliser dan 3149kWh (2%) di stesen pemerahan direkodkan. Daripada pengiraan, 9493kWh tenaga bersamaan 37.8tan bahan bakar (tempurong) sebulan boleh dijimatkan. Hasil penjualan lebihan bahan bakar sebanyak RM7558 sebulan dan pulangan pelaburan adalah dalam tempoh 5 bulan dinilai. Ini adalah mengambil kira pendapatan sebelum cukai dan faedah. |
|---|
