PROFIL KESIHATAN MENTAL PEKERJA WANITA SEKTOR PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam memajukan sektor perindustrian di Malaysia dan merupakan dasar sokongan yang semakin ditekankan oleh kerajaan, terutamanya dalam meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam bidang keusahawanan. Tesis ini bertujuan untuk meninjau...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: ZAIDI, NOR FARHANIS
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12609/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam memajukan sektor perindustrian di Malaysia dan merupakan dasar sokongan yang semakin ditekankan oleh kerajaan, terutamanya dalam meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam bidang keusahawanan. Tesis ini bertujuan untuk meninjau masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang bekerja di PKS dalam pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada pekerja wanita dalam sektor PKS di Malaysia dan sampel kajian terdiri daripada 500 orang pekerja di 14 negeri di Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan. Teknik persampelan bertujuan telah digunakan untuk mendapatkan pandangan mengenai elemen kesihatan mental daripada 12 orang pakar yang berpengalaman dalam bidang kesihatan mental, termasuk doktor psikiatri, pensyarah psikologi, kaunselor, dan pengurus PKS. Manakala teknik persampelan rawak berstrata telah digunakan untuk mendapatkan data kesihatan mental bagi 500 orang wanita bekerja di PKS mengikut lima zon iaitu Zon Utara, Pantai Timur, Tengah, Selatan, dan Malaysia Timur. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian utama dan disokong dengan kaedah temubual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teknik Fuzzy Delphi dan statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti wanita bekerja di PKS mengalami masalah kebimbangan pada tahap yang tinggi iaitu seramai 77 responden atau 15.4% mengikut faktor sosiodemografi responden. Selain itu, majoriti wanita bekerja di PKS memilih tidur dan makan iaitu seramai 490 responden atau 98.0 % sebagai kaedah dominan yang efektif untuk mengatasi masalah kesihatan mental. Satu profil kesihatan mental wanita bekerja di PKS turut dihasilkan sebagai rujukan statistik umum kepada pihak kerajaan, majikan, pekerja wanita, pengkaji lain dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang PKS di Malaysia.