PEMBANGUNAN INSTRUMEN PENILAIAN RISIKO FABRIK BANGUNAN BAGI MASJID WARISAN MELAKA

Pengekalan masjid adalah sangat penting bagi mengekalkan seni bina dan fabrik bangunan warisan. Penilaian risiko terhadap masjid adalah perlu terutama bagi elemen fabrik bangunan bagi menentukan tahap risiko dan mengurangkan kadar kerosakan terhadap bangunan warisan terus meningkat. Sehingga kini, t...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: RAMLI, NUR IRDINA
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12634/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Pengekalan masjid adalah sangat penting bagi mengekalkan seni bina dan fabrik bangunan warisan. Penilaian risiko terhadap masjid adalah perlu terutama bagi elemen fabrik bangunan bagi menentukan tahap risiko dan mengurangkan kadar kerosakan terhadap bangunan warisan terus meningkat. Sehingga kini, tiada instrumen tetap yang dibangunkan bagi melaksanakan penilaian risiko fabrik bangunan masjid warisan. Kajian ini merangkumi tiga objektif utama iaitu mengenal pasti kriteria kecacatan fabrik bangunan, membangunkan instrumen Penilaian Risiko Masjid Warisan dengan menggabungkan kaedah CSP1 serta HIRARC dan menentusahkan instrumen penilaian risiko dengan pakar berkaitan. Kajian ini dijalankan di masjid warisan Melaka iaitu Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Kling. Fasa pertama kajian melibatkan proses pemerhatian visual terhadap kriteria kecacatan fabrik bangunan seterusnya dapatan direkodkan pada borang CSP1. Fasa kedua ialah membangun dan menguji instrumen penilaian risiko dan fasa ketiga ialah mengesahkan instrumen DRARC bersama pakar. Dapatan kajian mendapati terdapat sembilan kriteria bagi kecacatan fabrik bangunan yang dapat dikenal pasti pada Masjid Warisan Melaka iaitu siling, lantai, tingkap, pintu, dinding dalam, dinding luar, gerbang, ornamen/hiasan dan kaki lima. Instrumen DRARC dibangunkan melalui lapan item (A1-A8) yang telah disahkan oleh pakar melalui Teknik Delphi 3 pusingan. Hasil Teknik Delphi menunjukkan kesepakatan tinggi oleh lapan orang pakar dengan skala terubah suai 0 hingga 1. Proses pengesahan dalam pembangunan instrumen DRARC melibatkan lapan orang pakar dan dilakukan melalui tiga fasa iaitu fasa pertama pengesahan bagi kriteria kecacatan fabrik bangunan, kedua ialah pengesahan bagi pembangunan borang DRARC dan ketiga merupakan pengesahan bagi penilaian risiko fabrik bangunan bagi Masjid Warisan Melaka. Secara keseluruhannya, instrumen ini bermanfaat dan sangat signifikan terhadap proses penyelenggaraan Masjid Warisan Melaka, khususnya kepada pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dalam memelihara nilai bangunan warisan di negara kita.