ELEMEN MOTIVASI KENDIRI BAGI PELAJAR TEKNIKAL DALAM MENGHADAPI PEKERJAAN BERASASKAN PROJEK

Sistem pekerjaan berasaskan projek dalam industri merupakan salah satu punca berlakunya peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Untuk menghadapi sistem pekerjaan berasaskan projek ini, pelajar perlu mempunyai elemen motivasi kendiri yang tinggi. Namun begitu, masih terdapat kekurangan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: SHARBERI, SITI NUR MAIZURA
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12642/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Sistem pekerjaan berasaskan projek dalam industri merupakan salah satu punca berlakunya peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Untuk menghadapi sistem pekerjaan berasaskan projek ini, pelajar perlu mempunyai elemen motivasi kendiri yang tinggi. Namun begitu, masih terdapat kekurangan elemen motivasi kendiri dalam diri pelajar teknikal. Justeru, kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengenal pasti elemen motivasi kendiri yang dimiliki oleh pelajar teknikal berdasarkan jantina dan bidang pengajian. Sampel kajian terdiri daripada 438 orang pelajar teknikal yang mengikut program Kejuruteraan Awam (143 orang), Kejuruteraan Elektrik (54 orang) dan Kejuruteraan Mekanikal (141 orang). Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Semua data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 25. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai elemen motivasi bagi elemen keyakinan diri, kesedaran kendiri dan berinisiatif. Hal ini dapat membantu dan memudahkan pelajar untuk menempatkan diri dalam alam pekerjaan berasaskan projek. Analisis independent T-test menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap elemen motivasi kendiri dalam menghadapi pekerjaan berasaskan projek (p =.492 >.05). Seterusnya, analisis ujian ANOVA juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bidang pengajian terhadap elemen motivasi kendiri bagi pelajar teknikal dalam menghadapi pekerjaan berasaskan projek (p = .856 > .05). Kesimpulannya, pihak institusi dan pihak industri perlu memberi perhatian yang lebih terhadap penambahbaikan penerapan elemen motivasi kendiri dalam diri pelajar teknikal melalui pengajaran dan pembelajaran di institusi serta jalinan kolaborasi industri bagi membolehkan graduan teknikal kekal relevan dengan pasaran kerja dan seterusnya mampu memberikan saingan di peringkat global.