Keperluan program persediaan penempatan guru teknikal di kawasan pedalaman

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 dilaksanakan bagi mengurangkan jurang dan kekurangan dalam pendidikan agar pendidikan yang berkualiti di Malaysia dapat dicapai. Selain itu, matlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran juga merupakan salah satu matlamat yang ingin d...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Supian, Nazirah
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
الإنجليزية
الإنجليزية
منشور في: 2014
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/1597/
Abstract Abstract here
الوصف
الملخص:Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 dilaksanakan bagi mengurangkan jurang dan kekurangan dalam pendidikan agar pendidikan yang berkualiti di Malaysia dapat dicapai. Selain itu, matlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran juga merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, keupayaan dan kesediaan para guru diambilkira bagi merealisasikan matlamat penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keperluan program persediaan penempatan guru teknikal di kawasan pedalaman. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Data diperolehi melalui borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar semester akhir sarjana muda dan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Data mentah dianalisis dalam berbentuk deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pelajar terhadap penerimaan penempatan di kawasan pedalaman adalah tinggi. Namun, mereka masih memerlukan pengaruh luaran bagi meningkatkan lagi tahap kesediaan penerimaan penempatan di kawasan pedalaman. Analisis perbezaan antara pelajar sarjana muda dan pelajar sarjana menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (nilat t= 1.22 dan nilai p > 0.05) terhadap tahap kesediaan penerimaan penempatan di kawasan pedalaman. Antara isi program yang diperlukan ialah pengalaman awal beraktiviti, bersosial, penyediaan bahan pengajaran dan penerokaan di kawasan pedalaman. Malah ia perlu dijalankan selama lebih dari satu minggu sebelum mereka betul-betul pergi bertugas di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, kajian mendapati program persediaan penempatan di kawasan pedalaman masih diperlukan oleh bakal guru sekiranya mereka mendapat penempatan di sana.