Pembinaan modul pembelajarn matematik menggunakan perisian geometri interaktif

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting dan telah menunjukkan kesan yang begitu mengkagumkan. Pada umumnya para pelajar dapat membina daya kreativiti dan inovasi di samping cekap menggunakan teknologi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Di sampin...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Che Ismail, Saifulnizan
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2007
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.utm.my/6520/1/SaifulNizanMFP2007.pdf
その他の書誌記述
要約:Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting dan telah menunjukkan kesan yang begitu mengkagumkan. Pada umumnya para pelajar dapat membina daya kreativiti dan inovasi di samping cekap menggunakan teknologi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik telah terbukti memberikan manfaat yang berguna kepada pelajar dalam menguasai konsep-konsep matematik. Projek ini bertujuan untuk membangunkan aktiviti pembelajaran matematik berkomputer di peringkat menengah rendah menggunakan perisian geometri interaktif. Projek ini melahirkan modul yang menyentuh tentang topik bentuk geometri dan geometri transformasi. Aktiviti bagi perisian geometri interaktif yang dibangunkan ini adalah berorientasikan matematik bereksperimen yang melibatkan proses penyiasatan dan penerokaan matematik di kalangan pelajar. Selari dengan pendekatan konstruktivisme, matematik bereksperimen dirancang supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza dengan amalan pembelajaran secara penerangan di dalam bilik darjah. Projek pembinaan modul ini dibangunkan berpandukan kepada rekabentuk pengajaran Model ADDIE manakala isi kandungannya berasaskan Model Van Hiele yang mengklasifikasikan tahap pemikiran geometri. Projek ini berguna bagi melaksanakan pembaharuan dan usaha meningkatkan pembelajaran matematik berkomputer di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah bestari yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti makmal komputer.