Merekabentuk dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran mekanik pepejal 1 (mmpl) bagi kursus diploma kejuruteraan mekanikal

Mekanik Pepejal merupakan teras kepada bidang kejuruteraan Mekanikal. Faktor terpenting mempastikan para pelajar menguasai konsepnya adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Tinjauan awal kami ke atas keputusan peperiksaan semester bagi mata pelajaran Mekanik Pepejal bagi...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ahmad, A.Azman
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
الإنجليزية
الإنجليزية
منشور في: 2002
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/8535/
Abstract Abstract here
الوصف
الملخص:Mekanik Pepejal merupakan teras kepada bidang kejuruteraan Mekanikal. Faktor terpenting mempastikan para pelajar menguasai konsepnya adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Tinjauan awal kami ke atas keputusan peperiksaan semester bagi mata pelajaran Mekanik Pepejal bagi peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar hanya mendapat keputusan sederhana dalam matapelajaran tersebut. Kebanyakan responden iaitu para pensyarah mata pelajaran Mekanik Pepejal bersetuju bahawa keadaan tersebut disebabkan pelajar gagal menguasai konsep yang dipelajari. Di atas dasar tersebut, sebuah Modul Pengajaran dan Pembelajaran Mekanik Pepejall (MMPl) telah dihasilkan. Modul ini dibentuk berdasarkan Model Addie. Pendekatan yang digunakan bagi merekabentuk modul ini adalah berdasarkan strategi pengajaran direktifyang diharmonikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Responden yang dipilih bagi kajian keberkesanan modul adalah terdiri daripada para pensyarah matapelajaran Mekanik Pepejal dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan labatan Mekanik Gunaan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia dan labatan Mekanikal Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka telah diminta untuk menilai isi, sifat user friendly dan kebolehlaksanaan modul tersebut. Di samping itu, hubungan signifikan antara pengalaman mengajar matapelajaran dan penilaian M1v1P 1 turnt dilihat. Keputusan skor min menunjukkan isi kandungan, sifat user fiiendly dan kebolehlaksanaan MMPI yang hasilkan masih berada dalam tahap sederhana dalam membantu pensyarah menyampaikan konsep dengan berkesan kepada pelajar. Ujian korelasi menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan signifikan antara pengalaman pensyarah mengajar matapelajaran Mekanik Pepejal dengan penilaian MMPI.