Perbandingan gaya pembelajaran kinestatik terhadap pelajar kejuruteraan di Politeknik Kuching: satu tinjauan

Kajian ini menumpukan tinjauan kepada kecenderungan gaya pembelajaran kinestatik pelajar-pelajar diploma kejuruteraan semester enam dan satu di Politeknik Kuching, Sarawak. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kelaziman gaya pembelajaran kinestatik di kalangan pelajar kejuruteraan...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Edni, Ermizam
フォーマット: Dissertation
言語:英語
英語
英語
出版事項: 2003
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.uthm.edu.my/9115/
Abstract Abstract here
その他の書誌記述
要約:Kajian ini menumpukan tinjauan kepada kecenderungan gaya pembelajaran kinestatik pelajar-pelajar diploma kejuruteraan semester enam dan satu di Politeknik Kuching, Sarawak. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kelaziman gaya pembelajaran kinestatik di kalangan pelajar kejuruteraan dan melihat perbezaan gaya pembelajaran kinestatik berdasarkan kursus, semester dan jantina. Keseluruhan pelajar adalah seramai 181 orang iaitu merupakan sampel kepada kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah kaedah borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (S.P.S.S) versi 11.0 bagi mendapatkan korelasi dan nilai-t selain daripada jumlah peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal,- A w a m dan Elektrik memperlihatkan kecenderungan yang signifikan di dalam gaya pembelajaran kinestatik tidak mengira perbezaan dari segi kursus kejuruteraan dan semester. Walaubagaimanapun dapatan kajian tidak menunjukkan faktor jantina sebagai mempengaruhi kecenderungan gaya pembelajaran kinestatik di kalangan pelajar-pelajar kejuruteraan. Justeru itu adalah menjadi harapan pengkaji agar gaya pembelajaran kinestatik ini dapat diimplementasikan bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar kejuruteraan malah usaha pemadanan juga boleh dilaksanakan di dalam proses pengajaran yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah di seluruh jabatan kejuruteraan Politeknik.