Penggunaan kaedah Pembelajaran Individu Berbantukan Kumpulan (PIBK) bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Geografi Tingkatan Empat di SMK Kolombong Inanam

Kajian ini adalah berdasarkan satu kajian kuasi eksperimen yang telah dijalankan di kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah yang terletak di daerah Inanam Sabah. Perkara yang dibincangkan dalam kajian ini adalah ingin mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kekuatan pengajaran dan pembel...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Katrie Eming
格式: Thesis
语言:英语
出版: 2008
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10330/1/Penggunaan%20kaedah%20Pembelajaran%20Individu.pdf
实物特征
总结:Kajian ini adalah berdasarkan satu kajian kuasi eksperimen yang telah dijalankan di kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah yang terletak di daerah Inanam Sabah. Perkara yang dibincangkan dalam kajian ini adalah ingin mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kekuatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Pembelajaran Individu Berbantukan Kumpulan (PIBK). Kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada penggunaan kaedah PIBK dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Sam pel kajian ini dipilih daripada dua buah kelas, iaitu pelajar daripada kelas A ialah kumpulan eksperimen dan pelajar daripada kelas B ialah kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar mata pelajaran Geografi dengan menggunakan pendekatan PIBK selama enam minggu dan Kumpulan Kawalan pula diajar dengan menggunakan pendekatan biasa. Antara dapatan kajian yang menarik dalam kajian ini ialah penggunaan kaedah PIBK dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan apabila perbandingan skor min ujian pra dengan ujian pasca mempunyai perbezaan yang ketara. Kajian ini juga mendapati pelajar mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan kaedah PIBK bagi pengajaran mata pelajaran Geografi, di mana pelajar bersetuju kaedah PIBK mempunyai kekuatan untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.