Hubungan amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah daerah Keningau

Amalan penyeliaan yang di amalkan di setiap sekolah adalah berbeza mengikut stail penyeliaan yang biasa dilaksanakan oleh pentadbir dan guru besar. Walaubagaimanapun setiap amalan penyeliaan ini memberi impaknya yang tersendiri ke atas efikasi kendiri seseorang guru. Oleh yang demikian, kajian ini b...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Aimi Farhana Sahanip
フォーマット: 学位論文
言語:英語
英語
出版事項: 2014
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43659/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43659/2/FULLTEXT.pdf
その他の書誌記述
要約:Amalan penyeliaan yang di amalkan di setiap sekolah adalah berbeza mengikut stail penyeliaan yang biasa dilaksanakan oleh pentadbir dan guru besar. Walaubagaimanapun setiap amalan penyeliaan ini memberi impaknya yang tersendiri ke atas efikasi kendiri seseorang guru. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah daerah Keningau. Seramai 300 orang responden terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi melalui kaedah soal selidik. Hasil daripada analisis data yang menggunakan statistik deskriptif mendapati bahawa tahap amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di daerah Keningau adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu min = 4.12. Selain daripada itu, efikasi kendiri guru di daerah Keningau juga berada pada tahap yang tinggi dengan bacaan min = 7.11. Statistik inferensi (Korelasi Pearson) yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk membuktikan hubungan antara kedua-dua variabel ini. Dapatan utama kajian menunjukkan terdapat hubungan antara amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah daerah Keningau iaitu r = 0.286, p<0.01. Walaubagaimanapun hubungan ini berada pada tahap yang sangat lemah.