Kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani (PJ) terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah. Enam puluh orang murid, (30= lelaki , 30= perempuan) telah dipilih secara rawak sistematik untuk menjadi responden dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunak...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Mohd Fauzi, Cik Mimi Aida
格式: Thesis
语言:英语
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39386/1/FPP%202014%2016%20IR.pdf
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani (PJ) terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah. Enam puluh orang murid, (30= lelaki , 30= perempuan) telah dipilih secara rawak sistematik untuk menjadi responden dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) untuk menilai tahap kecergasan murid. Program intervensi melihat perbezaan tahap kecergasan murid yang mengikuti PJ sekali seminggu dan PJ 3 kali seminggu selama 8 minggu. Terdapat lima jenis komponen yang dinilai iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, daya kekuatan otot, fleksibiliti dan Body Mass Indeks (BMI). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara dua kumpulan. Keputusan menunjukkan kumpulan rawatan lebih meningkat tahap kecergasan jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Keputusan ujian t menunjukkan daya tahan kardiovaskular (t=4.98, p<0.05), daya tahan otot (t=-7.44, p<0.05) daya kekuatan otot (t=-8.11, p<0.05), dan fleksibiliti (t=-7.54, p<0.05) dan BMI t=3.41, p<0.05) bagi kumpulan rawatan. Secara keseluruhan keberkesanan kekerapan pengajaran PJ dapat mempengaruhi tahap kecergasan murid sekolah rendah.