Retorik titah ucapan Sultan Muhammad V

Kajian ini merupakan penelitian aspek retorik dalam titah ucapan Sultan Kelantan, iaitu KDYMM Sultan Muhammad V. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemanfaatan teknik retorik dalam teks rasmi diraja, meneliti dan menganalisis aspek penggunaan kosa kata, kekuatan dan keberkesanan seni peng...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Abdul Razak, Nurulain
Format: Thèse
Langue:anglais
Publié: 2015
Sujets:
Accès en ligne:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57448/1/FBMK%202015%2025%20%20UPM%20IR.pdf
Description
Résumé:Kajian ini merupakan penelitian aspek retorik dalam titah ucapan Sultan Kelantan, iaitu KDYMM Sultan Muhammad V. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemanfaatan teknik retorik dalam teks rasmi diraja, meneliti dan menganalisis aspek penggunaan kosa kata, kekuatan dan keberkesanan seni pengucapan, dan seterusnya mensintesis penyampaian mesej dalam empat ucapan rasmi. Kajian ini menggunakan dua kaedah kajian, iaitu secara kuantitatif dan secara kualitatif berlandaskan tiga prinsip yang terdapat dalam teori retorik moden Enos dan Brown (1993). Prinsip ini memberi penekanan terhadap kesan mendalam, estetika dalam pemilihan diksi yang mempunyai kehalusan makna, dan keupayaan pemahaman dan penginterpretasian ungkapan retorik yang digunakan. Sebanyak 332 ayat telah dicerakinkan daripada empat teks ucapan, di samping 28 jenis teknik retorik yang telah dikenal pasti dengan ditandai ungkapan tertentu berdasarkan kategori Lakuan Bahasa. Didapati bahawa terdapat juga sesetengah teknik retorik adalah lebih kerap wujud dalam pengucapan rasmi tertentu. Beberapa elemen retorik lain juga dapat dikenal pasti penggunaannya seperti aliterasi, polisindeton, repetisi, soalan retorik, metafora, simile, alusi, dan hiperbola. Dari segi struktur retorik pula, Baginda Sultan didapati menggunakan struktur secara deskriptif, eksposisi dan ekspresi dalam pengucapan. Elemen dan struktur retorik yang digunakan dalam pengucapan ini mampu memberi kesan terhadap kefahaman khalayak pendengar.