Analisis penggunaan Wāw ‘aṭf dalam Surah al Rūm / Muhammad Hakim Kamal

Wāw ‘aṭf merupakan salah satu topik perbahasan dalam bidang sintaksis Arab. Perbahasan topik ini menumpukan kepada partikel ‘aṭf, klausa sebelum partikel yang dikenali sebagai ma‘ṭūf ‘alayh dan klausa selepasnya yang dikenali sebagai ma‘ṭūf. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan wāw ‘aṭ...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Muhammad Hakim , Kamal
格式: Thesis
出版: 2019
主題:
實物特徵
總結:Wāw ‘aṭf merupakan salah satu topik perbahasan dalam bidang sintaksis Arab. Perbahasan topik ini menumpukan kepada partikel ‘aṭf, klausa sebelum partikel yang dikenali sebagai ma‘ṭūf ‘alayh dan klausa selepasnya yang dikenali sebagai ma‘ṭūf. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan wāw ‘aṭf dalam surah al-Rūm. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa wāw ‘aṭf yang mengandungi makna menghimpunkan semata-mata (الجَمْعُ المُطْلَقُ ) berkemungkinan mengandungi salah satu daripada makna berikut iaitu turutan ()التَّرْتِيبُ , turutan berlawan )التَّرتِيْبُ العَكْسِيُّ( atau bersama (المُصَاحَبَةُ ). Makna-makna ini dapat ditentukan sekiranya terdapat petanda (القَرِيْنَةُ ) yang menunjukkan kepada makna-makna berkenaan dalam sesuatu ayat. Disertasi ini secara khususnya mengkaji petanda makna wāw ‘aṭf, menghuraikan makna-makna yang terkandung di dalamnya serta merumus perkaitan elemen ‘aṭf iaitu antara ma‘ṭūf ‘alayh dengan ma‘ṭūf dalam surah al-Rūm. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif yang bersifat deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teori makna wāw ‘aṭf oleh Ibn Hisyām (2013) dan teori wāw ‘aṭf oleh Ibn Qayyim (t.t). Dapatan kajian menunjukkan terdapat petanda masa, keadaan semula jadi, sebab, susunan, kemuliaan dan penemuan petanda makna wāw ‘aṭf yang baharu iaitu petanda keutamaan. Perkaitan antara ma‘ṭūf ‘alayh dengan ma‘ṭūf mengisyaratkan kepada kehalusan makna tertentu dalam surah al-Rūm. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak khususnya kepada pembaca al-Quran agar dapat mengetahui kehalusan makna yang terkandung di sebalik penggunaan wāw ‘aṭf sekaligus dapat memahami ayat dengan lebih menyeluruh dan terperinci.