Struktur sosio-ekonomi komuniti penoreh getah / Tong Kiat Anna

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keadaan sosio-ekonomi komuniti penoreh getah ladang kini untuk menentukan setakat mana mobiliti sosio-ekonomi yang memuaskan telah dicapai. Dalam Bab Satu (Pengenalan); tujuan, topik, skop dan kaedah-kaedah pengumpulan data kajian akan dinyatakan. Seterusnya , kec...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Tong , Kiat Anna
Format: Thesis
Published: 1986
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keadaan sosio-ekonomi komuniti penoreh getah ladang kini untuk menentukan setakat mana mobiliti sosio-ekonomi yang memuaskan telah dicapai. Dalam Bab Satu (Pengenalan); tujuan, topik, skop dan kaedah-kaedah pengumpulan data kajian akan dinyatakan. Seterusnya , kecuali kesulitan-kesulitan tertentu yang timbul sama ada dijangkakan atau sebaliknya oleh penyelidik semasa penyelidikan akan dibincangkan. Bab Dua pula akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek sosial komuniti kajian seperti struktur kemudahan infrastruktur dibincangkan pencapaian kekeluargaan dan yang disediakan kanak-kanak jenis oleh ladang serta mutu kemudahan majikan ladang. Akan di sekolah kerana memandangkan kadar kemasukan yang rendah manakala kadar keciciran adalah tinggi. Peranan-peranan pertubuhan agama serta sosial di ladang, kemudahan-kemudahan kesihatan dan perkhidmatan keselamatan untuk komuniti tersebut juga dibincangkan. Seterusnya, bab tiga akan mengkaji aspek-aspek ekonomi untuk mendapat gambaran jelas dan menentukan ekonomi sebenar komuniti yang terkini. Faktor0faktor yang mempengaruhi status mereka adalah seperti pendapatan serta saiz keluarga, pola-pola pendapatan serta perbelanjaan dan harta majikan. Beberapa faktor yang menentukan skel gaji juga akan dikenalpasti. Bab empat akan mengemukakan konsep, pengukuran serta teori kemiskinan oleh pendekatan-pendekatan penyelidikan berlainan dan melihat setakat mana adanya kaitan dengan corak hidup responden-responden kajian ini. Seterusnya, masalah-masalah sosio-ekonomi yang masih wujud di ladang sejak 1957 akan dibincangkan. Akhirnya, bab lima akan menilai secara ringkas struktur sosio-ekonomi komuniti ini. Saranan-saranan untuk mengatasi masalah-smalah sosio-ekonomi tadi dan untuk memperbaiki teknik pengumpulan data akan dicadangkan kemudianya.