Satu tinjauan mengenai ponteng sekolah di Kelantan khususnya sekolah-sekolah di dalam jajahan Kota Bharu / Sukeri Hassan

Ponteng sekolah adalah merupakan salah satu gejala tidak sehat yang ujud dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Ianya dianggap sebagai satu penyakit yang berjangkit dan merebak membawa bahaya kepada pelajar-pelajar, seterusnya boleh merebak membawa akibat buruk kedalam anggota-anggota masyarakat berken...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Sukeri, Hassan
التنسيق: أطروحة
منشور في: 1978
الموضوعات:
الوصف
الملخص:Ponteng sekolah adalah merupakan salah satu gejala tidak sehat yang ujud dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Ianya dianggap sebagai satu penyakit yang berjangkit dan merebak membawa bahaya kepada pelajar-pelajar, seterusnya boleh merebak membawa akibat buruk kedalam anggota-anggota masyarakat berkenaan. Jadi, penyakit ponteng sekolah ini perlulah diubati secepat mungkin, sebelum ianya merebak menjadi satu wabak yang merbahaya dan serius dikalangan pelajar-pelajar sekolah dan dalam sesebuah masyarakat itu. Didalam kajian ini,penulis akan cuba mengupasi dan memperlihatkan beberapa perkara penting yang ujud mengenai pelakuan ponteng sekolah ini. Penekanan akan diberikan didalam menghuraikan: (a) Sebab-sebab berlakunya ponteng sekolah; dimana dikaitkan dengan faktor-faktor pelajar-pelajar, ibubapa atau penjaga, pihak sekolah dan guru-guru, serta faktor sosial dan alam sekeliling. (b) Pola-pola atau bentuk-bentuk yang ujud didalam ponteng sekolah ini; dimana dikaitkan secara kajian perbandingan (comparative study) diantara kadar ponteng pelajar-pelajar lelaki dengan pelajar-pelajar perempuan, kadar ponteng disekolah-sekolah kawasan bandar dengan sekolah-sekolah dikawasan luarbandar, kadar ponteng mengikut aliran atau jurusan persekolahan, dan lain-lain lagi pola-pola yang telah dapat dilihat oleh penulis. (c) Beberapa langkah-langkah dan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah ini. (d) Rumusan atau kesimpulan sebagai penutup penulisan ini.