| 要約: | Kajian ini berkaitan dengan pembangunan ekonomi petani di Kampung Kedondong, Pasir Mas, Kelantan. Tumpuan kajian adalah berkenaan peranan agensi KADA dan agensi-agensi pertanian yang lain dalam proses pembangunan ekonomi petani di kampung ini, latihan ilmiah ini mengandungi 6 bab. Bab pertama menerangkan bidang dan tujuan kajian, metode kajian, masalah kajian serta kepentingan kajian tersebut. Bab kedua secara rignkas telah membincangkan tentang konsep-konsep kemiskinan dan kaitannya dengan pembangunan melalui perbadanan awam sebagai satu strategi untuk pembangunan ekonomi petani. Bab ketiga pula membentangkan latarbelakang kawasan kajian dan keadaan sosio-ekonomi responden serta masalah-masalah pertanian yang dihadapi oleh mereka. Bab keepat adalah mengenai laatrbelakang KADA serta peranan dan aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh agensi tersebut di Kampung Kedondong. Dalam bab lima membincangkan berkenaan keberkesanan dan peranan-peranan KADA pada taraf sosio-ekonomi penduduk kampong. Di sini akan dilihat kesan pada kegiatan ekonomi dan pekerjaan, pendapatan, pemilikan harta, pendidikan serta penggunaan teknik-teknik moden di kalangan para petani. Bab enam merupakan bab penutup. Dalam bab ini, diberi penekanan tentang keadaan yang sebenarnya wujud di Kampung Kedondong hasil dari peranan-peranan yang di mainkan oleh KADA dan agensi pertanian lain seperti FAMA, LPN, MARDI, Jabatan Pertanian dan Bank Pertanian Malaysia. Kesimpulannya, walaupun tahap pembangunan yang baik masih belum tercapai, tetapi pihak KADA dan agensi-agensi pertanian itu dengan secara evousi telah dapat mengubah taraf sosio-ekonomi para petani di Kampung Kedondong.
|