Implikasi teknologi maklumat terhadap perkembangan ilmu hadith / Che Nor Sakinah binti Itam

Teknologi maklumat merupakan istilah yang menggambarkan kewujudan suatu bentuk teknologi berkaitan pemanipulasian maklumat. Ia menyokong operasi input, pemprosesan data, output, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Kewujudan internet, jaringan komunikasi maklumat tanpa wayar (wireless), aplikasi per...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Itam, Che Nor Sakinah
格式: Thesis
出版: 2010
主题:
实物特征
总结:Teknologi maklumat merupakan istilah yang menggambarkan kewujudan suatu bentuk teknologi berkaitan pemanipulasian maklumat. Ia menyokong operasi input, pemprosesan data, output, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Kewujudan internet, jaringan komunikasi maklumat tanpa wayar (wireless), aplikasi perkhidmatan atas talian (online), penciptaan perisian (software) yang canggih dan sebagainya menjadi petunjuk keupayaan fungsi dan ciri-ciri teknologi ini. Atas alasan keupayaan fungsi dan ciri-ciri sedemikian, ia diakui sebagai teknologi terunggul di era maklumat kini. Di sebalik keupayaan fungsinya, teknologi ini tiada jangkauan dari aspek menapis kebenaran maklumat. Sebarang data dan maklumat yang menepati protokol teknologi ini adalah diterima. Manakala ilmu hadith merupakan suatu disiplin ilmu yang terasas di atas kebenaran dan kesahan maklumat. Perbezaan tersebut mewujudkan implikasi. Kajian ini meneliti bagaimana teknologi maklumat beserta fungsi dan ciri-cirinya memberi kesan terhadap ilmu hadith dan perkembangannya sebagai suatu epistemologi yang berteraskan kebenaran dan kesahan maklumat.