Pondok Pesantren Wakaf al-Mukhlisin : sejarah dan peranannya terhadap pendidikan Islam di Batubara (1997-2010) Sumatera Utara, Indonesia / Muhammad Faishal

Pendidikan pondok merupakan institusi pendidikan formal terawal di Nusantara yang telah berkembang pesat sejak awal abad ke 19. Setelah diperkenalkan sistem pendidikan kebangsaan. Institusi ini di nilai semakin dipinggirkan dan peranannya dalam arus pendidikan juga semakin lemah. Namun institusi pen...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Faishal, Muhammad
格式: Thesis
出版: 2010
主題:
實物特徵
總結:Pendidikan pondok merupakan institusi pendidikan formal terawal di Nusantara yang telah berkembang pesat sejak awal abad ke 19. Setelah diperkenalkan sistem pendidikan kebangsaan. Institusi ini di nilai semakin dipinggirkan dan peranannya dalam arus pendidikan juga semakin lemah. Namun institusi pendidikan tradisional ini masih lagi dapat bertahan walaupun dalam serba kekurangan. Oleh itu, kajian ini mengkaji sejauhmana institusi pendidikan pondok berperanan dalam menyampaikan pendidikan Islam kepada masyarakat Daerah Batu Bara dengan menumpukan kepada Pondok Pesantren Wakaf al-Mukhlishin. Kajian ini secara khususnya akan memberi jawapan kepada permasalahan : 1. Apakah faktor kejayaan Pondok Pesantren Wakaf al-Mukhlishin sehingga dapat mengekalkan pengajian secara tradisional? 2. Apakah sistem dan kurikulum yang digunapakai? 3. Apakah peranan Pondok Pesantren Wakaf al-Mukhlishin terhadap masyarakat setempat? 4. Apakah masalah yang dihadapi dalam menyampaikan pendidikan Islam kepada masyarakat setempat dan cara mengatasinya? Permasalahan yang dikemukakan di atas telah dianalisis berdasarkan data-data dari penyelidikan yang dilakukan. Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa : 1. Adapun faktor kejayaan pondok tersebut di antaranya adalah tidak terlepas dengan sistem pentadbiran yang mantap dan sokongan daripada pihak kerajaan dan masyarakat setempat. 2. Pondok Pesantren Wakaf al-Mukhlishin memiliki sistem hafalan yang telah ditetapkan oleh para Tuan Guru serta menggunakan kurikulum yang telah dimusyawaratkan dengan para guru. 3. Peranan Pondok Pesantren Wakaf al-Mukhlishin sangat besar terhadap masyarakat Daerah Batu Bara, terutamanya dalam pendidikan Islam daripada peringkat Tadika Islam hingga memberikan bimbingan kepada masyarakat yang akan menunaikan ibadah haji. 4. Masalah yang dihadapi oleh pondok ini di antaranya adalah masalah kewangan dan tahap kemampuan pelajar yang berbeza. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang ke arah memajukan institusi pendidikan pondok di Wilayah Sumatera Utara pada umumnya dan Batu Bara khususnya. Semoga dapat mengembalikan keyakinan masyarakat tanah air terhadap pengajian institusi pondok.