Pampasan kepada mangsa rogol di Malaysia menurut perspektif syariah / Rozilawati binti Mat Yacob

Peningkatan kes-kes rogol di Malaysia sejak tahun 2000-2006 dilihat sangat ketara. Senario ini begitu membimbangkan kerana ada di kalangan mangsa dibunuh dengan kejam selepas dirogol. Kejadian rogol pula pastinya meninggalkan pelbagai impak kepada mangsa. Disertasi ini mengupas tentang undang-undan...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Mat Yacob, Rozilawati
格式: Thesis
出版: 2010
主題:
實物特徵
總結:Peningkatan kes-kes rogol di Malaysia sejak tahun 2000-2006 dilihat sangat ketara. Senario ini begitu membimbangkan kerana ada di kalangan mangsa dibunuh dengan kejam selepas dirogol. Kejadian rogol pula pastinya meninggalkan pelbagai impak kepada mangsa. Disertasi ini mengupas tentang undang-undang berkaitan kesalahan rogol dan peruntukan mengenai pampasan di Malaysia, beberapa buah negara Barat serta perundangan Islam. Objektif utama kajian ini pula bertujuan mencadangkan satu sistem pampasan mangsa rogol mengikut acuan syariah untuk diamalkan di Malaysia. Dari segi metodologi kajian pula, metod kajian kepustakaan dan temubual digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Manakala kaedah analisis deskriptif, komparatif serta pendekatan analisis kritikal pula digunakan di dalam metod penganalisaan data. Hasil kajian ini mendapati bahawa peruntukan mengenai pampasan terhadap mangsa rogol sememangnya telah wujud di dalam sistem perundangan negara ini. Walaupun peruntukan tersebut tidak menyebut jenayah ‘rogol’ secara spesifik tetapi perkataan ‘rogol’ itu sendiri sudah termasuk di dalam kategori jenayah yang melayakkan mangsa menuntut pampasan. Kesimpulannya, sistem pampasan mangsa rogol di negara ini sangat diperlukan. Justeru, kewujudannya yang berpandukan asas-asas syariah pula amat relevan dengan komuniti negara ini yang pelbagai.