3D Multimedia learning package (kids world) / Loh May Ping

Projek Learning in 3D Multimedia Environment ini bertujuan membangunkan satu pakej pembelajaran dan pengajaran, Kids World untuk kanak-kanak pra-sekolah, ibu bapa mereka serta guru-guru yang mengajar di tadika. Pakej Kids World mengajar kanak-kanak mengenali nama objek-objek dipersekitaran kehidupan...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Loh , May Ping
格式: Thesis
出版: 2003
主題:
實物特徵
總結:Projek Learning in 3D Multimedia Environment ini bertujuan membangunkan satu pakej pembelajaran dan pengajaran, Kids World untuk kanak-kanak pra-sekolah, ibu bapa mereka serta guru-guru yang mengajar di tadika. Pakej Kids World mengajar kanak-kanak mengenali nama objek-objek dipersekitaran kehidupan harian mereka, seperti televisyen, sofa, meja, kerusi dan sebagainya. Objektif utama pembangunan pakej ini adalah untuk mendedahkan penggunaan multimedia 3D dalam pendidikan tahap rendah, iaitu pra-sekolah untuk kanak-kanak, yang kurang terdapat di pasaran kini. Selain itu, pakej yang dibangunkan juga adalah sesuai digunakan sebagai alat pembantu pengajaran bagi guru-guru tadika yang mengajar topik-topik berkaitan. Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, diharapkan dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa antarabangsa yang agak berguna ini sejak mereka masih kecil. Penggunaan teknologi 3D bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan lebih jelas. Kajian telah menunjukkan pendekatan 3D bagi objek membolehkan penganalisaan dan pengkajian terhadap objek itu dengan lebih mendalam dan tepat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan kandungan pakej lebih realistik kerana objek-objek dunia sebenar memanglah dalam bentuk 3D.