Perencatan Kakisan Kuprum Oleh Tanin Bakau (Rhizophora Apiculata) Dalam Pelbagai Larutan Agresif Melalui Kaedah Elektrokimia

Tanin bakau (TB) daripada kulit kayu bakau telah diekstrak menggunakan 70 % aseton. TB tersebut kemudian telah diuji potensinya sebagai perencat kakisan kuprum dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia dan dibandingkan dengan kaedah pengukuran gravimetri konvensional. Daripada kaeda...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Shah, Affaizza Mohamad
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2010
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.usm.my/41341/
その他の書誌記述
要約:Tanin bakau (TB) daripada kulit kayu bakau telah diekstrak menggunakan 70 % aseton. TB tersebut kemudian telah diuji potensinya sebagai perencat kakisan kuprum dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia dan dibandingkan dengan kaedah pengukuran gravimetri konvensional. Daripada kaedah pengukuran gravimetri dalam larutan berasid (HCl dan H2SO4), didapati kecekapan perencatan (IE) bagi kakisan kuprum meningkat dengan peningkatan kepekatan TB. Pengukuran polarisasi potensiodinamik menunjukkan kehadiran TB dalam larutan berasid dan garam (NaCl dan Na2SO4) memberi kesan yang lebih kepada tindak balas katod dengan plot Tafel menunjukkan penurunan ketumpatan arus pada bahagian katod keluk.