Pengaplikasian Etika Kerja Islam Oleh Pengamal Perhubungan Awam Di Organisasi Berteraskan Islam Di Malaysia

Pengamal perhubungan awam merupakan perantara atau mediator di antara organisasi dengan publik. Dengan itu etika merupakan di antara elemen terpenting untuk dititikberatkan oleh pengamal perhubungan awam dalam menjalankan tugasnya. Isu-isu etika seperti mengendalikan aktiviti profesional dengan meng...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Nasir, Nur Nasliza Arina Mohamad
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2018
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.usm.my/44077/
その他の書誌記述
要約:Pengamal perhubungan awam merupakan perantara atau mediator di antara organisasi dengan publik. Dengan itu etika merupakan di antara elemen terpenting untuk dititikberatkan oleh pengamal perhubungan awam dalam menjalankan tugasnya. Isu-isu etika seperti mengendalikan aktiviti profesional dengan menghormati kepentingan publik serta sentiasa bersikap adil dan jujur terhadap pelanggan dan organisasi adalah merupakan isu etika yang bukan sahaja dituntut oleh masyarakat malah oleh organisasi selaku majikan. Kajian ini mempunyai lima objektif iaitu (1) untuk mengkaji pengaplikasian etika kerja Islam oleh Pengamal Perhubungan Awam berdasarkan Teori Etika Miskawayh; (2) untuk menilai pengaruh etika kerja Islam dalam amalan Perhubungan Awam; (3) untuk mengkaji kepentingan etika kerja Islam dalam profesion perhubungan awam; (4) untuk menganalisa Prinsip Maqasid Syariah yang diterapkan oleh Pengamal Perhubungan Awam dalam mempraktikkan etika kerja Islam; serta (5) untuk mencadangkan kerangka etika berdasarkan prinsip Maqasid Syariah dalam pengaplikasian etika kerja Islam oleh Pengamal Perhubungan Awam.