• Kementerian Pendidikan Tinggi No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia
  • +603 8000 8000 (MyGCC)

Activities

Sesi Taklimat Pertama Progress Pembangunan Platform MyTheses

Putrajaya, 24 September 2025 – Sesi Taklimat Progress Pembangunan Platform MyTheses yang pertama telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Thabrani, Aras 7, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Sesi berkenaan telah dipimpin oleh Ketua Kumpulan, Encik Mohd Izwan Salim, yang membentangkan perkembangan status pelaksanaan pembangunan serta ekosistem platform yang bakal digunakan. Taklimat ini dihadiri oleh Jawatankuasa Taskforce National Knowledge Infrastructure (NKI) serta Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi Universiti Awam Malaysia (2025–2027).

Dalam pembentangan tersebut, para peserta diberi pencerahan mengenai kemajuan teknikal dan pelaksanaan platform MyTheses yang dibangunkan sebagai hab digital untuk mengurus, mengakses, dan memanfaatkan tesis serta disertasi secara sistematik. Penekanan khusus turut diberikan kepada integrasi perkhidmatan Kecerdasan Buatan (AI) yang akan menyokong pembangunan MyTheses, termasuk kebolehan analitik pintar, carian berasaskan semantik, serta sokongan capaian pintar bagi pengguna.

Perbincangan yang berlangsung turut membuka ruang perkongsian pandangan daripada ahli jawatankuasa dalam memastikan pembangunan platform ini berjalan selaras dengan keperluan akademia negara serta menepati dasar keterbukaan ilmu pengetahuan di peringkat universiti awam.

Sesi taklimat ini menandakan langkah awal penting dalam mengukuhkan infrastruktur ilmu negara melalui transformasi digital, di samping memperkukuh peranan universiti sebagai pusat penghasilan ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat secara meluas.

“Empowering Ideas, Connecting Scholars.”

Follow Us