• Kementerian Pendidikan Tinggi No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia
  • +603 8000 8000 (MyGCC)

Activities

Mesyuarat Pelaksanaan Projek Higher Institution Open Theses Platform

Mesyuarat Pelaksanaan Projek Higher Institution Open Theses Platform

Shah Alam, 25 Julai 2025 – Mesyuarat Pelaksanaan Projek Higher Institution Open Theses Platform telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, dan merupakan susulan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Akses Terbuka Tesis dan Disertasi Universiti Awam Malaysia yang dimeterai sebelum ini.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan secara terperinci pelaksanaan pembangunan sebuah platform sehenti yang membolehkan capaian kepada teks penuh tesis dan disertasi daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Inisiatif ini dijangka dapat memperluas akses kepada sumber ilmiah tempatan serta menyokong amalan keterbukaan dalam penyelidikan dan pendidikan tinggi.

 

Mesyuarat ini dihadiri secara bersemuka oleh wakil-wakil dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Sementara itu, Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Universiti Utara Malaysia (UUM) turut serta secara dalam talian.

Platform Higher Institution Open Theses Platform dijangka siap dan boleh diakses sepenuhnya pada November 2025. Projek ini bukan sahaja bakal merevolusi kaedah perkongsian maklumat akademik di Malaysia, tetapi juga akan memperkukuh kedudukan negara dalam lanskap penerbitan ilmiah terbuka di peringkat antarabangsa.

 

“Empowering Ideas, Connecting Scholars.”

Follow Us